Tuesday, 13 December 2011
Bab 39 , novel Aura Cinta :)
Sudah berkali-Kali dia keluar dgn Irfan. Baginya, Irfan merupakan seorang kawan yg baik hati. Dia tidak memaksa, tidak mengongkong, dan tidak pernah menyakitkan hatinya. Walaupun Aisya tidak bertudung, Irfan tidak pernah ambil pusing, kerana sebagai anak seorang ustazah semestinya ramai yang persoalkan pertaliannya dgn Aisya.
"Menutup aurat itu mmg penting bagi seorang perempuan Muslim. Tapi Aisya...jangan lakukan apa-apa kerana terpaksa. Jangan lakukan sesuatu, kalau tidak ikhlas. Nak buat apa pun, buat lah kerana TUHAN." Irfan pernah keluarkan kata-kata itu kepadanya, bila Aisya pernah menyoal.
"You tahu...ramai yg pakai tudung. Tutup aurat sekali pun, tapi kalau hati tidak bersih, tidak ada gunanya. I pernah jumpa orang yg macam tu. Kelakuan kotor lagi jijik." Ujarnya.
"Dulu, I ada seorang kawan wanita yg rapat dengan I. Dia bertudung dan sopan orangnya. Tapi, rupa-rupanya nampak dari luaran sahaja." Suaranya perlahan.
"Dia tidak beriman kepada TUHANnya. Dia sanggup ada perhubungan dengan kaum sejenis." Keluhnya penuh perasaan kesal.
"Ada yg macam tu, dan berselindung di belakang tudung. Apa gunanya? Biar tidak bertudung sekalipun, asalkan hati suci." Tambah Irfan lagi. "I pernah melepak kat kawasan KLCC tu. Terperanjat juga bila I tengok minah-minah bertudung, tanpa segan-silu bercumbuan di depan orang ramai. Seolah-olah tak ada maruah."
Aisya tidak menjawab. Mungkin terkejut dengan kata-kata Irfan itu. Semestinya dia lagi tahu. Tidak seperti aku. Tidak banyak pendedahan. Tidak banyak yang aku lalui Dan mengerti, bisik hatinya.
"Aisya...you jangan risau. Kita kawan, kan? Kalau boleh jadi lebih dari itu, I terima you dengan hati yang terbuka. Kalau you tidak sudi, it's okay...I faham. You masih muda, dan masih banyak yang akan you lalui dalam hidup ini. Tak semestinya orang yang akan you berikan hati itu, adalah I. Tapi...I harap kita akan jadi kawan baik. I sukakan you. Bagi I, hati you baik. Ikhlas. Itu penting."
Kata-kata Irfan itu membuatkan dia terasa sayu. Alangkah indahnya kalau hati ini boleh kuberikan kepadanya. Alangkah indahnya kalau dia merupakan kekasihku. Mungkin satu hari nanti, hati ini akan terbuka untuknya.
:')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment